Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini67
mod_vvisit_counterSemalam164
mod_vvisit_counterMinggu Ini569
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini1124
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852575

We have: 34 guests online
0: 54.221.73.186
 , 
Today: Dec 17, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Fetival Pengantin Jusco AU2

Kempen outdoor Warisan dapat sambutan hangat


PERTAMA kali dalam sejarah Warisan Baiduri Sdn Bhd, selaku katerer yang semakin diminati ramai, menyertai
suatu festival yang cukup menarik diadakan di Jusco, AU2 Keramat Setiawangsa pada 7 hingga 9 Oktober 2011.

Festival Pengantin. Itulah nama yang diberikan penganjur. Sudah tentu ia menarik minat golongan muda,
khususnya dari kalangan pasangan yang merancang ke gerbang perkahwinan tidak lama lagi.

Warisan Baiduri Sdn Bhd menyertai beberapa buah syarikat untuk membuka gerai pameran di Festival Pengantin.

Jangan silap...Warisan Baiduri Sdn Bhd bukan sahaja mempromosikan juadah sajian untuk majlis perkahwinan,
malah ia menyediakan suatu pakej lengkap yang menggabungkan andaman, sesi fotografi hingga ke sajian untuk
Raja Sehari dan seluruh hadirin yang diundang. Wahhhh...kelas gitu, kata anak-anak muda zaman sekarang.

Yang penting, sambutan yang diberikan oleh para pengunjung ke gerai Warisan Baiduri Sdn Bhd amat-amat menggalakkan.
Ia di luar jangkaan dan ia menepati objektif dan melebihi sasaran awal jualan pakej yang dijangka.

Apa tak hebatnya..percaya atau tidak, sempena dengan Festival Pengantin, Warisan Baiduri Sdn Bhd menyediakan suatu
pakej khusus yang bernilai RM20,000 dengan nilai diskaun sebanyak RM3000 sahaja!

Siapa yang tidak mahu lepaskan peluang! Mereka hanya perlu membayar RM17,000 sahaja untuk pakej lengkap,
yang menggabungkan, sajian serta perhiasan meja untuk majlis perkahwinan, andaman dan sesi fotografi. Malah dalam
masa yang sama semua perkhidmatan dan produk fotografi diberikan secara percuma, meliputi dari mula majlis
perkahwinan diadakan, sehinggalah menyiapkan produk album perkahwinan.

Pada festival itu,  Warisan Baiduri Sdn Bhd juga menjual produk sajian seperti menu Nasi Jagung lengkap yang asal
berharga RM17 diturunkan sebanyak RM7. Ini bermakna, bagi satu set lengkap Nasi Jagung untuk majlis perkahwinan,
pelanggan hanya perlu membayar RM10 per orang sahaja.

Malah sewaktu promosi diadakan, ada antara pengunjung-pengunjung yang pernah membuat tempahan menu juadah dengan
Warisan Baiduri Sdn Bhd turut memuji keenakan sajian. Alhamdulillah, kebanyakan mereka membuat komitmen akan kembali
membuat tempahan, sekiranya ada majlis dianjurkan.

Untuk festival ini, sebagai sebuah syarikat peneraju dalam bidang katering, sudah tentu ada sajian yang disediakan
untuk food testing. Antara sajian yang disediakan sepanjang tiga hari festival berlangsung adalah:

Nasi jagung
Ayam masak merah
Ayam masak kuzi selatan,
Daging dendeng
Dalca sayur
Salad baiduri

air mineral



Itulah untungnya pengunjung festival. Mereka dapat makan. Mereka dapat diskaun. Bagi yang tidak sempat mengunjungi festival,
ataupun tidak mengetahui adanya promosi seumpama itu, rajin-rajinlah melayari laman web Warisan Baiduri Sdn Bhd, mudah-mudahan
di lain waktu. anda juga berpeluang.

Sekalung penghargaan buat staf pejabat Warisan Baiduri Sdn Bhd yang bertungkus lumus mempromosikan produk istimewa kami. Antara
mereka yang rajin bertugas adalah Norida, Yati, Bella, Rifae dan Ahmad. Manaka dari bahagian kulinari, staf yang
bertugas adalah Syawal, Josh dan Adi