Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini82
mod_vvisit_counterSemalam91
mod_vvisit_counterMinggu Ini324
mod_vvisit_counterMinggu Lepas454
mod_vvisit_counterBulan Ini879
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852330

We have: 9 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 15, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla


Penangan hebat sajian warisan di seminar Perkim

Hebat sekali penangan keenakan sajian dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd di Seminar Perpaduan Ummah anjuran Perkim yang diadakan di
Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi 12 Oktober lepas.

Perkim membuat tempahan untuk 85 pax VIP untuk hidangan meja dan 2,000 hidangan buffet.

Yang hebatnya ialah sewaktu sesi jamuan, berlaku sesuatu yang luar biasa. Pada kebiasaannya staf katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd
akan menyediakan sudu dan garfu untuk kemudahan VIP menjamu selera. Itu adalah protokol biasa dalam mana-mana majlis yang melibatkan VIP.

Namun kali ini agak berbeza. Ada kalangan VIP sendiri secara sukarela melanggar protokol. Mereka ketepikan sudu dan garfu. Mereka sendiri
mahu makan menggunakan tangan, kerana kadang-kadang mereka rasa lebih puas makan tanpa sudu dan garfu.

Nampak gaya dalam seminar Perkim ini, para VIP menampakkan sikap dan kemesraan mereka yang berjiwa rakyat. Para pemimpin dan petugas Perkim bergaul sungguh mesra dengan para tetamu. Inilah didikan Tan Sri Abdul Hamid Othman setiausaha Perkim yang bejiwa rakyat.


Apa pun pada hari tersebut majlis berjalan dengan amat lancar. Urusetia amat berpuashati dengan servis katerer Warisan Baiduri Sdn Bhd,
yang menepati pesanan serta jadual untuk sajian minum pagi, makan tengahari dan minum petang.

Antara sajian dari dipesan untuk majlis berkenaan adalah:

Sarapan pagi

Mee goreng
Mee hoon goreng
Kuey teow goreng
Kuih karipap kentang
Kuih putu ayu,
Teh/kopi
Air mineral

Makan tengahari

Nasi tomato
Nasi putih
Ayam masak kari + kentang,
Isi ikan dowry sweet sour
Daging dendeng
Nenas bombay
Salad baiduri
Papedom
Rojak pasembur
Buah-buahan
Air kordial
Air mineral
Teh/kopi

Minum Petang

Bubur jagung
Pengat pisang
Kuih talam pandan lapis
Aneka kek
Popia
Otak-otak
Teh/kopi