Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini7
mod_vvisit_counterSemalam96
mod_vvisit_counterMinggu Ini384
mod_vvisit_counterMinggu Lepas448
mod_vvisit_counterBulan Ini900
mod_vvisit_counterBulan Lepas1738
mod_vvisit_counterJumlah852351

We have: 30 guests online
0: 107.20.115.174
 , 
Today: Dec 16, 2017

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

Majlis Doa Selamat Dan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Bulan September & Oktober 2011

Majlis sambutan hari lahir staf yang meriah

MERAIKAN kakitangan merupakan suatu kemestian bagi Warisan Baiduri Sdn Bhd. Ia merupakan suatu acara wajib setiap dua bulan sekali, untuk Warisan Baiduri Sdn Bhd menganjurkan majlis sambutan hari kelahiran bagi kakitangan yang terbabit.

Justeru, satu majlis doa selamat dan sambutan hari kelahiran warga Warisan Baiduri Sdn Bhd telah diadakan pada hari Jumaat, 28 Oktober 2011, bertempat di ruang legar bahagian Kulinari & Servis Padang Balang.

Jemputan seramai 50 orang dianggarkan hadir ke majlis tersebut, antaranya Pengarah urusan Saudara Mahmud Morshidi Othman, Pengarah Pentadbiran & Kewangan, Puan Norazizah Basar, staf di semua bahagian, tetamu jemputan dan pekerja-pekerja sambilan Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Setiap orang dari kalangan staf Warisan Baiduri Sdn Bhd begitu teruja dalam majlis yang meriah ini.

Aturcara majlis bermula selepas solat maghrib dengan bacaan Surah Yassin dan tahlil untuk staf Warisan Baiduri Sdn Bhd, sanak saudara yang telah dijemput ilahi, dipimpin oleh Ustaz Mohasir Othman. Yang hidup sentiasa dirai dan yang telah kembali tidak sesekali dilupakan.

Selepas bacaan doa disempurnakan, para tetamu dihidangkan dengan jamuan:

Satay (ayam & Daging)

Kuah Kacang
Timun, bawang
Nasi impit

Soto Ayam (set lengkap)
Mee Hoon & Mee
Ayam Carik
Begedil

Mini Chicken Chop ( set lengkap)
Kentang Goreng
BBQ Sos
Coleslow
Roti Jala
Kuah kari Daging + Kentang
Agar Agar santan daun Pandan

Nasi Ayam ( set lengkap)
Ayam Goreng Bermadu
Sup, Timun, tomato
Sambal kicap, Sos Cili

Teh tarik, air kordial.

Sambil tetamu menjamu selera menikmati hidangan yang lazat, juru acara majlis menjemput lima orang staf Warisan Baiduri Sdn Bhd yang diraikan iaitu:

1. Ahmad Badas (15 Okt)
2. Norida Mohasir ( 5 Okt)
3. Jumadi Ahad (8 Sept)
4. Ummu Hanie (19 Sept)
5. Mahmud Hefdzi

Acara pemotongan kek sebagai tanda rasmi diadakan sempena menyambut hari kelahiran warga yang dirai,
cenderamata dan kad ucapan dari syarikat sebagai kenang kenangan disampaikan oleh Pengarah urusan. Majlis berakhir jam 10.30 malam.