Borang Tempahan

Pencarian Maklumat

Rakan Strategik

Photography
Andaman
Sewaan Peralatan

Bilangan Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini36
mod_vvisit_counterSemalam44
mod_vvisit_counterMinggu Ini36
mod_vvisit_counterMinggu Lepas670
mod_vvisit_counterBulan Ini2714
mod_vvisit_counterBulan Lepas4061
mod_vvisit_counterJumlah881901

We have: 2 guests, 1 bots online
0: 54.198.27.243
 , 
Today: Aug 20, 2018

Jadual Waktu Solat

hit counter joomla

SEMINAR PEMAHAMAN KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 

Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan

Mee Goreng Mamak, daging bakar cicah air asam pembuka selera

Kira-kira 1200 peserta yang menghadiri seminar anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), disajikan dengan pelbagai juadah yang membuka selera, ditempah khas penganjur dari dapur Warisan Baiduri Sdn Bhd.

Bertempat di Dewan Muktamar Pusat Islam, JAWI Kuala Lumpur, mereka menyertai Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan pada 14 November 2011. Seminar ini terdiri daripada penjawat awam di peringkat Persekutuan dan negeri.

Objektif utama penganjuran seminar adalah untuk:

i) Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat awam dan pemerintah mengenai kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan
ii) Memastikan agama Islam tetap terpelihara sebagai agama negara dan
iii) Menerangkan teori dan realiti kebebasan beragama dalam Perlembagaan Persekutuan.

Seminar kali ini merupakan seminar bagi siri 3/2011 selepas siri pertama dan kedua yang telah diadakan pada 10 Oktober dan 25 Oktober 2011 bertempat di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Bagi siri 1 dan 2, seminar dianjurkan  secara kerjasama antara JAKIM, IKIM dan YADIM dengan kumpulan sasar yang berbeza-beza.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah sudi hadir untuk menyempurnakan majlis perasmian seminar ini. 

Menerusi seminar kali ini, sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan oleh para pembentang yang sememangnya
mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dalam isu yang dibincangkan.  YBhg. Dato’ Faiza Tamby Chik, Felo Utama, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membentangkan tajuk “Islam Sebagai Agama Persekutuan: Tanggungjawab Eksekutif, Kehakiman dan Parlimen”. Pembentangan kedua disampaikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz, Pensyarah Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM)  dengan tajuk “Teori dan Realiti Kebebasan Beragama dalam Perlembagaan Persekutuan” manakala Tuan Haji Mahamad Naser Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara selaku pembentang ketiga, telah membincangkan tajuk “Implikasi Salah Tanggapan Tentang Kedudukan Islam dalam Perlembagaan
Persekutuan”.

Menu yang disajikan adalah:

MENU VIP MINUM PAGI

Mee Goreng Mamak
Sambal Tumis Kosong
Sejenis Kuih Manis
Sejenis Kuih Pedas
Buah-buahan
Teh
Kopi

MAKAN TENGAHARI

Nasi Putih
Ayam Masak Lemak Cili Api + Kentang
Sambal Tumis Udang
Daging Bakar + Air Asam
Sayur Campur Warisan
Salad Baiduri
Cream Caramel
Buah-buahan
Jus Buah-buahan
Teh Tarik
Air Mineral


MENU PESERTA MINUM PAGI

Mee Goreng
Kuey Teow Goreng
Sejenis Kuih Manis
Sejenis Kuih Pedas
Teh
Kopi


MAKAN TENGAHARI

Nasi Putih
Ikan Tenggiri Goreng Berlada
Ayam Masak Kari + Kentang
Sayur Campur Goreng
Sambal Belacan & Ulam-ulaman
Ikan Masin Goreng
Paru Goreng
Buah-buahan
Air Kordial Sirap